
disclaimer
welcome to my blog. feel free to read around.
this blog was designed me. copyrighted 2013 by its-nice-to-be-dotdot.blogspot.com
i do not share my personal layout. pls look at the credits to where i got my references.
recent entries
Block B Plihanku
via: Buletin Kpop
" Wahai BBC-BBC sekalian, t...
☆ [END OF YEAR GIVEAWAY] Win yourself an autograph...
with Sis
It is not wrong having a crush on a taken person,...
Pesan Roh
KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W. SEWAKTU MENEMUI AJALNYA
F.R.I.E.N.D ^^
Hol!day !!
……………………..♥
………………………….♥
……………………………♥
………...
wishlist
Get ---
let's chat
tweet
|
Wednesday, 18 December 2013
Block B Plihanku @ 17:48
[Pertandingan] Block B Pilihanku dan Hadiah Menarik Untuk Dimenangi
Block B Pilihanku
Block B ialah kumpulan yang telah membuat kemunculan pertama pada 15 April 2011 di sebuah rancangan muzik, KBS Music Bank. Mereka telah mengeluarkan muzik video yang pertama pada 13 April 2011 tetapi telah diharamkan oleh penganjur kerana beranggapan ianya terlalu seksi dan tidak sesuai untuk golongan remaja.
Sejujurnya, aku mengenali mereka bukan sejak kemunculan pertama mereka tetapi sejak melihat rap ketua kumpulan mereka, iaitu Zico semasa persembahan Hyuna, Just Follow. Persembahan rapnya yang bertenaga itu begitu menarik hati dan semenjak itulah aku digelar BBC.
Antara anggota kumpulan yang aku minat ialah Zico, Jaehyo dan U-kwon. Bagi aku Zico adalah ketua yang berbakat dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Aku mula meminati Jaehyo apabila melihat aksinya yang bertenaga dalam sebuah rancangan televisyen, Dream Team. U-kwon pula antara ahli yang tercomel yang memikat hatiku. Dulunya ada yang mengatakan bahawa U-kwon menjalin hubungan dengan seorang model. Aku tidak bertindak sebagai peminat yang kurang matang untuk melarang hubungan mereka namun aku akan terus menyokong mereka kerana aku tahu, mereka juga manusia biasa. Namun bagiku, kesemua ahli mempunyai bakat dan kelebihan tersendiri. Tidak wajarlah jika aku menilai mereka dengan sikap berat sebelah.
Selepas Block B muncul dengan album 'Blockbuster' pada 2013, mereka terlibat dengan permasalahan berkaitan kontrak dengan agensi mereka kerana mereka tidak dibayar sejak April 2011. Kemudian muncul khabar angin yang mengatakan bahawa Block B akan dibubarkan. Namun itu tidak mematahkan hatiku dan BBC yang lain. Kami tetap menunggu dan mengikuti perkembangan Block B yang seterusnya.
Pada tahun ini, Block B telah melancarkan single 'Be the Light' dan mini album 'Very Good'. Kemunculan mereka ini memberikan nafas baru kepadaku. Ini menunjukkan mereka tidak berputus asa dan terus bangkit. Aku juga berasa terharu dan merasakan penantian dan harapanku selama ini tidak sia-sia. Aku akan terus menyokong mereka selagi yang aku mampu. Semoga mereka terus berjaya pada masa akan datang.
Salam sayang,
BBC
 |
| U-kwon |
 |
| Jaehyo |
 |
| P.O |
 |
| Zico |
 |
| Taeil |
 |
| Kyung |
 |
| B-bomb |
©copyrighted 2013 its-nice-to-be-dotdot.blogspot.com
|
@ 16:53
" Wahai BBC-BBC sekalian, terfikirkah anda mengapa anda meminati BLOCK B selama ini Terfikirkan anda, apakah faktor-faktor yang mengundang anda begitu tertarik dengan BLOCK B?
Sejauh manakah anda meminati BLOCK B? Siapakah BLOCK B? Di manakah BLOCK B tinggal? Bilakah BLOCK B wujud? Berapa kali BLOCK membuatkan anda tersenyum? Mengapa mesti BLOCK B?
Ceritakan dan kongsikanlah apa sahaja berkenaan BLOCK B. Tidak kira samada penulisan anda berkisarkan perasaan, pengalaman, pendapat, pemerhatian dan lain-lain. Yang penting mestilah berkaitan dengan BLOCK B. Wah~! Mesti banyak cerita yang anda nak sampaikan? Jadi, apa tunggu lagi? Tunjukkanlah bakat penulisan anda dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik dari kami.
Syarat dan terma penyertaan: 1. Terbuka kepada semua peminat K-Pop di Malaysia lebih-lebih lagi BBC.2. Tulis satu karangan bebas bertajuk 'BLOCK B Pilihanku' di blog anda (Blogspot, Tumblr, Wordpressdan lain-lain) dalam Bahasa Malaysia. Gambar dan video dibenarkan mengikut kreativiti anda.3. Karangan anda hendaklah tidak melebihi 350 patah perkataan.4. Hanya dua pemenang akan dipilih berdasarkan tatabahasa serta penggunaan Bahasa Malaysia yang baik, tepat dan kreatif.5. Pertandingan bermula dari 13 November sehingga 22hb Disember 2013, sebelum atau 11.55 malam.8. Pemenang akan diumumkan di blog kami pada 25hb Disember 2013. 9. Hantarkan pautan blog anda melalui widget di bawah dan pastikan anda meletakkan entri blog ini ke entri anda (jika tidak, penyertaan anda dibatalkan)
ARAHAN: Hantar entri penyertaan anda melalui widget di bawah, sertakan sekali pautan entri ini untukpeluang anda memenangi hadiah berikut:
- Tempat pertama akan memenangi album 'Blockbuster' (normal) & poster dan 'Very Good' ShowcaseFanlight setiap satu
- Tempat kedua akan memenangi satu 'Very Good' Showcase Fanlight "
©copyrighted 2013 its-nice-to-be-dotdot.blogspot.com
|
☆ [END OF YEAR GIVEAWAY] Win yourself an autographed B.A.P poster and many more~! Open internationally ☆ @ 05:37
☆ [END OF YEAR GIVEAWAY] Win yourself an autographed B.A.P poster and many more~! Open internationally ☆
©copyrighted 2013 its-nice-to-be-dotdot.blogspot.com
|
Wednesday, 19 September 2012
with Sis @ 00:19
ptg ari tu,, tgh tgk mv tasty..
mmg tekun sgt tgk mv tuh..
suddenly sis tego..
sis: asal ko nampak excited sangat tengok video tuh?
me: huhu~ x sabo nk tunggu video ni habis..
sis: kenape? ape yg best last2 tu?
me: x de la.. x sabo nk tekan butang replay balik je..
sis: !@#$%^&
©copyrighted 2013 its-nice-to-be-dotdot.blogspot.com
|
Monday, 23 July 2012
@ 01:05
It is not wrong having a crush on a taken person, but what makes it wrong is disturbing their Relationship~
-SOMEONE
©copyrighted 2013 its-nice-to-be-dotdot.blogspot.com
|
Monday, 25 June 2012
Pesan Roh @ 03:20
Apabila roh
keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit
atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan,
lalu roh berkata:
"Wahai orang
yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku
dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan
malaikat maut".
Selepas itu, mayat
pula bersuara sambil merayu:
"Wahai orang
yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan
panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana
tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan,
roh sekali lagi merayu:
"Demi Allah,
wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab
tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan
dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan
lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin
melihat wajahnya sendiri, anak-anak,
isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai
Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari
rumah lalu ia berpesan:
"Demi Allah,
wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka
janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan
janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku
telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat
diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan
mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan
sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan
melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:
"Wahai
kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia
sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini
sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya
aku tinggalkan apa yang telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka
tidak mahu menanggung arahanku".
"Adapun
didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan
keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat
daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur
pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari kubur dan duduk di tepi
kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda
memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat
melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama.
Lalu dia bertanya
kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.
Maka mayat itu
menjawab:
"Sesungguhnya
bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan
teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan
tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar
jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia
memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi
mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di
hadapan Abi Qalabah akan berdoa dan bersedekah untuk
bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi
bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada
nur pada mukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah
S.A.W berkata:
"Apabila telah
sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam
lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui
kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang
pula sekumpulan malaikat yang lain lalu masuk menarik roh dari lutut hingga
sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan
malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada
dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu
kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah
S.A.W. lagi:
"Kalau orang
yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan
sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat
kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat
syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di
sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan
melihat >terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.
Kalau orang yang
nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah
kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka
dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini
adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya".
Dari sebuah hadis
bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya
maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut
roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang
mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada
jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa
menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."
Setelah malaikat
maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T.dan
menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T.
berfirman yang bermaksud:
"Wahai
malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain."
Sebaik saja
malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T., maka malaikat maut pun cuba
mencabut roh orang mukmin dari
arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin
itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka
berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang
mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini
mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.
Oleh kerana
malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka
malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal
melakukan sebab kaki berkata:
"Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik
mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri
majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal
malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut
cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri
telinga maka telinga pun berkata:
"Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan
Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali
malaikat maut cuba mencabut roh orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja
hendak menghampiri mata maka berkata mata:
"Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan
kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka
malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud:
"Wahai
malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang
beriman itu."Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut
menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma
Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T
maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A.
telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari
jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju
ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi
dan utusan menuju ke Syurga
Adnin.
2. Roh para ulama
menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang
berbahagia menuju ke Syurga
Illiyyina.
4. Roh para syuhada
berterbangan seperti burung di
syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin
yang berdosa akan tergantung
di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai
hari kiamat.
6. Roh anak-anak
orang yang beriman akan berada
di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang
kafir akan berada dalam neraka
Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga
sampai hari Kiamat.
Telah bersabda
Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para
malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang
mati syahid.
2. Orang-orang yang
mengerjakan solat malam
dalam bulan Ramadhan
3. Orang yang
berpuasa di hari Arafah.
©copyrighted 2013 its-nice-to-be-dotdot.blogspot.com
|
KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W. SEWAKTU MENEMUI AJALNYA @ 03:18
Betapa mulia dan indahnya akhlak baginda Rasulullah s.a.w.
Mengingatkan kita tentang kematian.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya
masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan
badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan
bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?". "Tak
tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya" tutur
Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah s.a.w menatap puterinya itu dengan pandangan
yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak
dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,
dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. dialah malaikatul maut," kata
Rasulullah s.a.w., Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah s.a.w. menanyakan
kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril
yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah
dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" tanya
Rasululllah s.a.w. dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah
terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti
kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah
s.a.w lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman
kepadaku:
'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di
dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah s.a.w ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah s.a.w bersimbah
peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah s.a.w.
mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan
Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya
Rasulullah s.a.w. pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata
Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah s.a.w. mengaduh, karena sakit yang tidak
tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua
siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "
Badan Rasulullah s.a.w. mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak
lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali mendekatkan
telinganya.
"Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan
peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya
ke bibir Rasulullah s.a.w yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii,
ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad
wa'alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah s.a.w. kepada kita.
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di
dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah s.w.t. kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.
©copyrighted 2013 its-nice-to-be-dotdot.blogspot.com
|
|
about
♔Name: Nur Faidz Hazirah.
♔Nice to call: Faidz.
♔Birthday: 9 January 1999.
♔Age: Sweet 13.
♔Stay at: Johor.
♔Nationality: Malaysia.
|
![]() Wednesday, 18 December 2013
![]() Block B Plihanku @ 17:48
[Pertandingan] Block B Pilihanku dan Hadiah Menarik Untuk Dimenangi
Block B Pilihanku
Block B ialah kumpulan yang telah membuat kemunculan pertama pada 15 April 2011 di sebuah rancangan muzik, KBS Music Bank. Mereka telah mengeluarkan muzik video yang pertama pada 13 April 2011 tetapi telah diharamkan oleh penganjur kerana beranggapan ianya terlalu seksi dan tidak sesuai untuk golongan remaja.
Sejujurnya, aku mengenali mereka bukan sejak kemunculan pertama mereka tetapi sejak melihat rap ketua kumpulan mereka, iaitu Zico semasa persembahan Hyuna, Just Follow. Persembahan rapnya yang bertenaga itu begitu menarik hati dan semenjak itulah aku digelar BBC.
Antara anggota kumpulan yang aku minat ialah Zico, Jaehyo dan U-kwon. Bagi aku Zico adalah ketua yang berbakat dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Aku mula meminati Jaehyo apabila melihat aksinya yang bertenaga dalam sebuah rancangan televisyen, Dream Team. U-kwon pula antara ahli yang tercomel yang memikat hatiku. Dulunya ada yang mengatakan bahawa U-kwon menjalin hubungan dengan seorang model. Aku tidak bertindak sebagai peminat yang kurang matang untuk melarang hubungan mereka namun aku akan terus menyokong mereka kerana aku tahu, mereka juga manusia biasa. Namun bagiku, kesemua ahli mempunyai bakat dan kelebihan tersendiri. Tidak wajarlah jika aku menilai mereka dengan sikap berat sebelah.
Selepas Block B muncul dengan album 'Blockbuster' pada 2013, mereka terlibat dengan permasalahan berkaitan kontrak dengan agensi mereka kerana mereka tidak dibayar sejak April 2011. Kemudian muncul khabar angin yang mengatakan bahawa Block B akan dibubarkan. Namun itu tidak mematahkan hatiku dan BBC yang lain. Kami tetap menunggu dan mengikuti perkembangan Block B yang seterusnya.
Pada tahun ini, Block B telah melancarkan single 'Be the Light' dan mini album 'Very Good'. Kemunculan mereka ini memberikan nafas baru kepadaku. Ini menunjukkan mereka tidak berputus asa dan terus bangkit. Aku juga berasa terharu dan merasakan penantian dan harapanku selama ini tidak sia-sia. Aku akan terus menyokong mereka selagi yang aku mampu. Semoga mereka terus berjaya pada masa akan datang.
Salam sayang,
BBC
 |
| U-kwon |
 |
| Jaehyo |
 |
| P.O |
 |
| Zico |
 |
| Taeil |
 |
| Kyung |
 |
| B-bomb |
©copyrighted by its-nice-to-be-dotdot.blogspot.com
|
![]() @ 16:53
" Wahai BBC-BBC sekalian, terfikirkah anda mengapa anda meminati BLOCK B selama ini Terfikirkan anda, apakah faktor-faktor yang mengundang anda begitu tertarik dengan BLOCK B?
Sejauh manakah anda meminati BLOCK B? Siapakah BLOCK B? Di manakah BLOCK B tinggal? Bilakah BLOCK B wujud? Berapa kali BLOCK membuatkan anda tersenyum? Mengapa mesti BLOCK B?
Ceritakan dan kongsikanlah apa sahaja berkenaan BLOCK B. Tidak kira samada penulisan anda berkisarkan perasaan, pengalaman, pendapat, pemerhatian dan lain-lain. Yang penting mestilah berkaitan dengan BLOCK B. Wah~! Mesti banyak cerita yang anda nak sampaikan? Jadi, apa tunggu lagi? Tunjukkanlah bakat penulisan anda dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik dari kami.
Syarat dan terma penyertaan: 1. Terbuka kepada semua peminat K-Pop di Malaysia lebih-lebih lagi BBC.2. Tulis satu karangan bebas bertajuk 'BLOCK B Pilihanku' di blog anda (Blogspot, Tumblr, Wordpressdan lain-lain) dalam Bahasa Malaysia. Gambar dan video dibenarkan mengikut kreativiti anda.3. Karangan anda hendaklah tidak melebihi 350 patah perkataan.4. Hanya dua pemenang akan dipilih berdasarkan tatabahasa serta penggunaan Bahasa Malaysia yang baik, tepat dan kreatif.5. Pertandingan bermula dari 13 November sehingga 22hb Disember 2013, sebelum atau 11.55 malam.8. Pemenang akan diumumkan di blog kami pada 25hb Disember 2013. 9. Hantarkan pautan blog anda melalui widget di bawah dan pastikan anda meletakkan entri blog ini ke entri anda (jika tidak, penyertaan anda dibatalkan)
ARAHAN: Hantar entri penyertaan anda melalui widget di bawah, sertakan sekali pautan entri ini untukpeluang anda memenangi hadiah berikut:
- Tempat pertama akan memenangi album 'Blockbuster' (normal) & poster dan 'Very Good' ShowcaseFanlight setiap satu
- Tempat kedua akan memenangi satu 'Very Good' Showcase Fanlight "
©copyrighted by its-nice-to-be-dotdot.blogspot.com
|
![]() ☆ [END OF YEAR GIVEAWAY] Win yourself an autographed B.A.P poster and many more~! Open internationally ☆ @ 05:37
☆ [END OF YEAR GIVEAWAY] Win yourself an autographed B.A.P poster and many more~! Open internationally ☆
©copyrighted by its-nice-to-be-dotdot.blogspot.com
|
![]() Wednesday, 19 September 2012
![]() with Sis @ 00:19
ptg ari tu,, tgh tgk mv tasty..
mmg tekun sgt tgk mv tuh..
suddenly sis tego..
sis: asal ko nampak excited sangat tengok video tuh?
me: huhu~ x sabo nk tunggu video ni habis..
sis: kenape? ape yg best last2 tu?
me: x de la.. x sabo nk tekan butang replay balik je..
sis: !@#$%^&
©copyrighted by its-nice-to-be-dotdot.blogspot.com
|
![]() Monday, 23 July 2012
![]() @ 01:05
It is not wrong having a crush on a taken person, but what makes it wrong is disturbing their Relationship~
-SOMEONE
©copyrighted by its-nice-to-be-dotdot.blogspot.com
|
![]() Monday, 25 June 2012
![]() Pesan Roh @ 03:20
Apabila roh
keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit
atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan,
lalu roh berkata:
"Wahai orang
yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku
dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan
malaikat maut".
Selepas itu, mayat
pula bersuara sambil merayu:
"Wahai orang
yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan
panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana
tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan,
roh sekali lagi merayu:
"Demi Allah,
wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab
tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan
dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan
lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin
melihat wajahnya sendiri, anak-anak,
isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai
Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari
rumah lalu ia berpesan:
"Demi Allah,
wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka
janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan
janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku
telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat
diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan
mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan
sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan
melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:
"Wahai
kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia
sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini
sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya
aku tinggalkan apa yang telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka
tidak mahu menanggung arahanku".
"Adapun
didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan
keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat
daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur
pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari kubur dan duduk di tepi
kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda
memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat
melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama.
Lalu dia bertanya
kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.
Maka mayat itu
menjawab:
"Sesungguhnya
bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan
teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan
tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar
jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia
memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi
mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di
hadapan Abi Qalabah akan berdoa dan bersedekah untuk
bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi
bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada
nur pada mukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah
S.A.W berkata:
"Apabila telah
sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam
lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui
kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang
pula sekumpulan malaikat yang lain lalu masuk menarik roh dari lutut hingga
sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan
malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada
dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu
kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah
S.A.W. lagi:
"Kalau orang
yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan
sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat
kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat
syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di
sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan
melihat >terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.
Kalau orang yang
nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah
kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka
dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini
adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya".
Dari sebuah hadis
bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya
maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut
roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang
mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada
jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa
menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."
Setelah malaikat
maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T.dan
menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T.
berfirman yang bermaksud:
"Wahai
malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain."
Sebaik saja
malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T., maka malaikat maut pun cuba
mencabut roh orang mukmin dari
arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin
itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka
berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang
mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini
mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.
Oleh kerana
malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka
malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal
melakukan sebab kaki berkata:
"Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik
mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri
majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal
malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut
cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri
telinga maka telinga pun berkata:
"Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan
Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali
malaikat maut cuba mencabut roh orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja
hendak menghampiri mata maka berkata mata:
"Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan
kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka
malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud:
"Wahai
malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang
beriman itu."Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut
menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma
Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T
maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A.
telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari
jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju
ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi
dan utusan menuju ke Syurga
Adnin.
2. Roh para ulama
menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang
berbahagia menuju ke Syurga
Illiyyina.
4. Roh para syuhada
berterbangan seperti burung di
syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin
yang berdosa akan tergantung
di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai
hari kiamat.
6. Roh anak-anak
orang yang beriman akan berada
di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang
kafir akan berada dalam neraka
Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga
sampai hari Kiamat.
Telah bersabda
Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para
malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang
mati syahid.
2. Orang-orang yang
mengerjakan solat malam
dalam bulan Ramadhan
3. Orang yang
berpuasa di hari Arafah.
©copyrighted by its-nice-to-be-dotdot.blogspot.com
|
![]() KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W. SEWAKTU MENEMUI AJALNYA @ 03:18
Betapa mulia dan indahnya akhlak baginda Rasulullah s.a.w.
Mengingatkan kita tentang kematian.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya
masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan
badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan
bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?". "Tak
tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya" tutur
Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah s.a.w menatap puterinya itu dengan pandangan
yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak
dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,
dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. dialah malaikatul maut," kata
Rasulullah s.a.w., Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah s.a.w. menanyakan
kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril
yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah
dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" tanya
Rasululllah s.a.w. dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah
terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti
kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah
s.a.w lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman
kepadaku:
'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di
dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah s.a.w ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah s.a.w bersimbah
peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah s.a.w.
mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan
Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya
Rasulullah s.a.w. pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata
Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah s.a.w. mengaduh, karena sakit yang tidak
tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua
siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "
Badan Rasulullah s.a.w. mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak
lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali mendekatkan
telinganya.
"Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan
peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya
ke bibir Rasulullah s.a.w yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii,
ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad
wa'alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah s.a.w. kepada kita.
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di
dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah s.w.t. kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.
©copyrighted by its-nice-to-be-dotdot.blogspot.com
|
|
tagboard
if you got some stuffs you wanna share then share it here
|
credits
designer: faidz
image: photobucket
powered by: blogspot
cursor: lovecandied
|
friends
Those Close ones
friend @ Miho_Violet
friend @ Akim_okie
friend @ syaz
friend @ Fahmi
friend @ blogger friend
friend @ blogger friend
friend @ blogger friend
friend @ blogger friend
friend @ blogger friend
friend @ blogger friend
friend @ blogger friend
friend @ blogger friend
friend @ blogger friend
|